Posts

PANDANG AKU

Image
BISMILLAH, Di balik buluh itu Ada seorang gadis yang siang malamnya disitu Melihat kau dari jauh tanpa jemu Cuma kau sahaja yang tidak tahu Rasa ini sudah tidak mahu aku tahankan Tidak tertahan kerana kamu sayang Tidak tertahan kerana kamu cinta Tapi mengapa kau tidak perasan juga Pernahkan kau rasakan yang satu hari itu kau rasa sangat   mencintai seseorang itu Tapi dia tidak tahu apa yang kau tahu Dia tidak rasa seperti apa yang kau rasa Dia tidak pernah memberi apa yang kau minta Pernahkah kau rasakan yang kau teringin sangat bersemuka dengan dia Pernahkah kau berdiri di tepi pintu tapi dia hanya melimpasi kau Pernahkah kau bertentang mata dengannya tapi sesaat itu dia balikkan wajahnya Pernahkah kau jalan dekat dia tapi tiada yang perasankan kau Lalu hati kecilmu mula menjerit “Heyy, mari sini pandanglah aku Lihatlah diri aku Pandang aku yang tengah menari Lihat aku yang tengah tersenyum manis” Pernahkah kau rasa getaran ji...

H.A.P.P.I.N.E.S.S

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM HAPPINESS... Do I deserve for this word??? I guess I am not. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

MEMILIKI KAMU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Cinta, Untuk pertama kalinya, Ku beranikan diri untuk memulakan langkah, Sebagaimana aku mahukan diri mu itu, Berharap kamu juga punya rasa yang sama. Cinta, Jangan dipersiakan kepercayaan ini, Genggam erat jari jemari, Jangan pernah untuk dilepaskan walau sesaat, Setidaknya jangan dilupa, Seseorang yang pernah menolak banyak hati untuk mendekat, Hanya kerana hati sudah memilih kamu. Memilih untuk setia,memilih untuk jujur,memilih untuk menunggu walau beribu tahun lamanya, Memilih untuk sehidup semati, Memilih untuk mencintai,memilih untuk menyayangi, Memilih kamu. Buktikan pada diriku wahai cinta, Bahawa memiliki kamu bukanlah sia-sia. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

MENTAL

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Mental aku tidak sekuat dulu. Sekarang,hal sekecil apapun yang menyentuh hati,pasti akan buat aku menangis. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

TIDAK MENGAPA

   BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Orang lain tidak akan pernah tahu,  seberapa besar aku berusaha untuk mempertahankan kewarasan dan akal sihatku disaat badai masalah terus menghentamku bertubi-tubi, mereka tidak akan pernah tahu itu. Apa yang mereka tahu, hanyalah selalu menilai dan mencari kesalahanku, dan kemudian akan menghakimiku. sedangkan mereka tidak tahu jalan cerita aku. Tapi tidak mengapa,kesakitan telah mendewasakanku. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

YOU ARE MY PEACE

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Dear Love, I'm sorry if I annoy you or too clingy, or too obsessed. But the truth is I am a little or maybe too obsessed because  you're the first person that has made me feel something in so long. Through all the trauma in my life, I found so much peace and comfort in you. You are the last bit of hope that I'm holding onto. You are my peace, so please, never let me go. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

KUAT YAA HATIKU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Jiwa kacau yang merana, Hati sakit dihiris lembut, Minda menangis sederas air, Roh yang ingin berteriak namun jasad tidak termampu. Mengapa harus takdir begini yang berlaku pada diri, Sumpah mati menggenggam kitab suci di dada, Bibir menyebut kalimah suci, Namun masih juga diragui. Yaa betul salah diri ini, Lurah kutayang bebas, Minuman syaitan yang kuhidangkan, Namun MARUAH ku tetap jaga. Terima Kasih yaa ALLAH kerana sentiasa melindungiku, Menitipkan Malaikat untuk menjaga diri maruahku, Sujud syukur kerana dapat mempertahankan martabat maruahku, MARUAH KESUCIAN WANITA YANG ADA PADAKU DAPAT KU JAGA. Cukup hanya ada ALLAH denganku, Cukup hanya ALLAH yang tahu, Betapa kesucian diri masih kujaga, Namun kepercayaan bakal imamku susah ku kukuhkan. Kuat yaa wahai hati, Tidak mengapa jika diragui, Ini hanya ujian duniawi, Insya'Allah pasti akan berlalu pergi. Kuatlah wahai jasad, Tidak mengapa jika tidak dipercaya, Ingatlah Allah pernah menguji Saidatina Maryam...