Tuesday 4 April 2023

MEMILIKI KAMU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Cinta,
Untuk pertama kalinya,
Ku beranikan diri untuk memulakan langkah,
Sebagaimana aku mahukan diri mu itu,
Berharap kamu juga punya rasa yang sama.

Cinta,
Jangan dipersiakan kepercayaan ini,
Genggam erat jari jemari,
Jangan pernah untuk dilepaskan walau sesaat,
Setidaknya jangan dilupa,
Seseorang yang pernah menolak banyak hati untuk mendekat,
Hanya kerana hati sudah memilih kamu.
Memilih untuk setia,memilih untuk jujur,memilih untuk menunggu walau beribu tahun lamanya,
Memilih untuk sehidup semati,
Memilih untuk mencintai,memilih untuk menyayangi,
Memilih kamu.

Buktikan pada diriku wahai cinta,
Bahawa memiliki kamu bukanlah sia-sia.

-Anna Jumahali-