Thursday 29 December 2022

SEPERTI SELALU "S.A.B.A.R"

 Bismillahirrahmanirrahim


sakit rasanya,

sangat yang teramat,

sakit yang tiada luka,

sakit yang tiada ubat.


maaf yaa wahai hati,

aku tidak tahu harus mau bilang apa lagi,

layakkah kita bahagia wahai hati,

aku penat harus berpura-pura lagi.

penat untuk berpura-pura bahagia sedang kita berjuang dalam kesakitan.


Penat rasanya bila kita suda berkata benar,

tapi selalu disalah ertikan.

Apalah ertinya SUMPAH,

jika masih tidak dipercaya.

aduhhhh sakit yaa ALLAH

sakit rasanya bila kita berkata benar tapi tiada siapa mahu percaya.

sakit yaa ALLAH, tersangat-sangat sakit


seperti yang selalu dikatakan,

sabar yaa wahai hati,

janji ALLAH itu pasti,

suatu masa nanti kita pasti akan bahagia.

sabar yaa hati,

sabar juga wahai jiwa,

kita pasti akan merasa bahagia walau sekadar dalam mimpi.


Biarlah tiada siapa mahu percayakan kita wahai diri,wahai hati,wahai jiwa.

apa yang penting adalah kita ada ALLAH.

cukup kita ada ALLAH

cukup ALLAH bagi kita.


persetankan semua orang yang tidak percayakan kita.

biarlah mereka tidak percaya,

janji kita sudah bercakap benar,

itu yang lebih utama.


sabar yaa wahai diri,

sabar yaa wahai hati,

sabar yaa wahai jiwa,

satu masa kita pasti BAHAGIA


Anna Jumahali

Sunday 26 June 2022

KAMU DAN KENANGAN

Kamu dan segala kenangan,
Sungguh aku rindu.

Tiada yang lebih pedih,
Daripada kehilangan diri kamu,
Cintaku tidak mungkin akan beralih,
Sampai mati hanya cinta padamu.

Anna Jumahali

Friday 10 June 2022

RINDU

Bismillahirrahmanirrahim

Terlalu cepat untuk pergi,
Bukannya mempersoal takdir Ilahi,
Cuma hati tersangat rindu,
Pada sosok tubuh yang bergelar Ayah Ibu 🤍

Anna Jumahali

Monday 6 June 2022

INGAT

Bismillahirrahmanirrahim

Jika seseorang telah berubah,
Tolonglah jangan diungkit lagi kisah silamnya dia,
Kerana kita tidak pernah tahu betapa susahnya dia untuk bangkit dari jiwa yang hampir mati.

Mungkin kau nampak saja jasadnya yang hidup,
Tetapi sebenarnya, jiwanya suda lama mati.

- Anna Jumahali -

Friday 3 June 2022

SAKIT

Bismillahirrahmanirrahim


Lagaknya seperti disakiti,
Walhal dia yang menyakiti.

Diamlah wahai mulut,
Kuncikan saja apa katamu,
Kerana hati suda maklum,
Maka luahkan saja dalam sujudmu.


- Anna Jumahali -

Tuesday 8 March 2022

MALAM INI KITA MENANGIS


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Air mata itu mutiaramu sayang
Begitu berharga sekali untuk kau buang
Tapi jika kau sudah tidak mampu bertahan
Lepaskanlah agar kau merasa aman walau seketika.

Malam Ini Kita Akan Menangis.

Menangislah wahai mata
Menangislah wahai jiwa
Menangislah wahai hati
Menangislah wahai diri

Menangislah kerana matamu sudah tidak mampu melihat derita
Menangislah kerana jiwamu sudah lelah
Menangislah kerana hatimu telah hancur
Menangislah kerana dirimu sudah tidak mampu berdiri.


Maka malam ini biarkan aku menangis.


- Anna Jumahali -