Sungguh aku rindu.
Tiada yang lebih pedih,
Daripada kehilangan diri kamu,
Cintaku tidak mungkin akan beralih,
Sampai mati hanya cinta padamu.
Anna Jumahali
Suara Puisi, Suara Hati, Suara jiwa, Suara tangisan, semuanya tentang suara. Cerita yang tidak seberapa ini terlahir dari pemikiran dan dari hati kecil seorang gadis biasa yang tidak dapat meluahkan perasaannya pada alam realiti, lalu gadis biasa itu memilih untuk BERDIAM sahaja, kerana biarkan jari jemarinya yang menari dipapan kekunci sambil mulutnya diam terkunci. Sekian, Terima Kasih.
Bismillahirrahmanirrahim
Lagaknya seperti disakiti,
Walhal dia yang menyakiti.
Diamlah wahai mulut,
Kuncikan saja apa katamu,
Kerana hati suda maklum,
Maka luahkan saja dalam sujudmu.
- Anna Jumahali -