Saturday, 5 May 2018

DERITA

Bismillah...

Derita itu sangat menyakitkan,
Sungguh menyiksakan,
Sangat memeritkan,
Lagi mematikan.

Mengapa perlu hadir derita itu,
Sedangkan diri ini tidak mampu menahannya.
Mengapa perlu kau yang aku mahu,
Sedangkan berjuta yang mengahalang.
Mengapa harus aku ditentang,
Sedangkan cinta tidak dapat dihalang.
Mengapa perlu aku dicaci maki,
Sedangkan jasadku punya harga diri.
Mengapa perlu maruahku dicalar,
Sedangkan aku hanya hamba DIA.

Memang benar seksi aku tayang lurah,
Namun percaya yang aku bukannya murah.

Perlukah aku yang kau maki hamun,
Perlukah aku yang kau cacikan,
Jika benar dirimu ketika itu marah,
Mengapa tidak diri kau sabarkan,
Jika benar kau lebih kenal Tuhan,
Maka kau tidak hinakan.

Malulah pada dirimu yang bertutup itu,
Jika kau membezakan cara hamba Tuhanmu.

Ohhh hati,
Sampai bilakah kau harus sakit?
Mengapa perlu kau lalui semua ini?
Kenapa kau harus rasa derita itu?

Ohhh hati.
Tiada ucap yang mampu aku berikan,
Hanya kata sabar yang dapat aku katakan.

Maka wahai hati,
Bersabarlah, bersabarlah,  dan bersabarlah.

(Tuhan tidak menguji kita diluar kemampuan kita,  kita diuji kerana kita mampu mengatasinya, kita diuji kerana Tuhan sayangkan kita ,kita diuji kerana Tuhan rindu akan luahan kita di setiap sujud kita. Dan yakinlah setiap derita itu pasti berakhir juga dengan kebahagian. Maka yakinlah pada Tuhan.)

Sekian...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA HJ GUMUK.