Surah Qaf Ayat 16

 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum,

Dalam perjalanan hidup yang singkat ini, kita semakin sedar bahawa masa bersama insan tersayang bukanlah selamanya.
Satu persatu insan yang kita kenal, bahkan darah daging sendiri keluarga terdekat mahupun keluarga jauh telah dijemput Ilahi.
This life is temporary ofcoz dan setiap jiwa pasti akan kembali. Allahuakhbar 

Bila Allah ambil seorang demi seorang, satu demi satu, it is not just a loss, but a divine reminder.
Bahawa dunia ini bukan tempat tinggal selamanya, tapi hanya tempat singgah yang sementara. Itu janji Allah.

Ujian ini sungguh berat buat diri ini, Allahuakhbar
Siang malam ingin menangis,
Siang malam ingin berteriak,
Tertunduk di bawah langit,

Kadang-kadang kita rebah, menangis sekuat hati, dan bertanya, 
"Why me, Ya Allah?"
"Kenapa harus aku, Ya Allah?"
"Ya Allah,sungguh diri ini tidak kuat Ya Allah" 
"Sakit sangat Ya Allah,sakit teramat,sungguh aku tidak mampu Yaa Allah"

Tapi di dalamnya sebenarnya Allah sedang mengajar kita makna redha dan erti ikhlas yang sebenar.
He is cleansing our hearts from attachment to creation,
And drawing us closer to the Creator. Allahuakhbar SubhanAllah Astaghfirullah

Dan di sebalik setiap kehilangan, Allah sedang berkata,

"Bukankah Aku lebih dekat dari urat lehermu?"

Surah Qaf Ayat 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهٖ نَفْسُهٗ ۖوَنَحْنُ اَقْرَبُ اِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيْدِ
Terjemahan
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

Sabar itu pahit… tapi janji Syurga itu manis.
Moga setiap air mata menjadi saksi bahawa kita pernah diuji,
Dan kita memilih untuk tetap percaya, tetap bersyukur, dan tetap kembali kepada-Nya.

Innalillahi wa inna ilayhi raji’un —
Semua milik Allah, dan kepada-Nya kita akan kembali… satu persatu.

- Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

Comments

Popular posts from this blog

4 Syawal 1446H

UNBREAKABLE BOND

28 RAMADHAN 1446H