Friday 17 February 2023

KUAT YAA HATIKU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Jiwa kacau yang merana,
Hati sakit dihiris lembut,
Minda menangis sederas air,
Roh yang ingin berteriak namun jasad tidak termampu.

Mengapa harus takdir begini yang berlaku pada diri,
Sumpah mati menggenggam kitab suci di dada,
Bibir menyebut kalimah suci,
Namun masih juga diragui.

Yaa betul salah diri ini,
Lurah kutayang bebas,
Minuman syaitan yang kuhidangkan,
Namun MARUAH ku tetap jaga.

Terima Kasih yaa ALLAH kerana sentiasa melindungiku,
Menitipkan Malaikat untuk menjaga diri maruahku,
Sujud syukur kerana dapat mempertahankan martabat maruahku,
MARUAH KESUCIAN WANITA YANG ADA PADAKU DAPAT KU JAGA.

Cukup hanya ada ALLAH denganku,
Cukup hanya ALLAH yang tahu,
Betapa kesucian diri masih kujaga,
Namun kepercayaan bakal imamku susah ku kukuhkan.

Kuat yaa wahai hati,
Tidak mengapa jika diragui,
Ini hanya ujian duniawi,
Insya'Allah pasti akan berlalu pergi.

Kuatlah wahai jasad,
Tidak mengapa jika tidak dipercaya,
Ingatlah Allah pernah menguji Saidatina Maryam dengan begitu dasyat sekali,
Namun kuatnya hati beliau untuk sabar,
Kerana beliau tahu,
Walau sebanyak mana dia berkata benar,
Tiada siapa yang percaya,
CUKUP BAGINYA HANYA ALLAH.

ALLAHUAKHBAR...
ALLAHUAKHBAR...
ALLAHUAKHBAR...

Semoga ALLAH akan lindungi hati ini, dan jadikan hati ini sekuat hati Saidatina Maryam.
aamin aamin aamin yaa rabbal alamin.

Anna Jumahali







Saturday 11 February 2023

HARAPAN

Bismillahirahmanirahim

Ramai org yg mempunyai jiwa utk kaya, ramai juga org mempunyai hati utk menimba ilmu. Persoalannya, adakah mental dan fizikal mereka sudah sedia untuk terima segala risiko yang akan bakal terjadi? 
📝Terlalu ramai yg berangan,terlalu banyak juga harapan,tetapi tindakan tidak pernah selangkah pun bergerak. Ruginya kita😔
📝Namun bila nampak org lain berjaya,seakan setinggi gunung harapan kita ingin seperti mereka,walhal sudah lihatkah diri kita? Apa tindakan yg kita buat,hanya *berharap* dan *termenung* mengenang nasib dan harapan😔
📝Senang ceritalah, kita hanya terlalu banyak *ALASAN* . Alasan yg menguasai diri kita sebenarnya,sehingga kita kurang keyakinan diri dan sentiasa tinggal dibelakang,tenggelam dan terkubur dgn harapan dan impian kita sendiri😔
📝Jika ditanya, bagaiman cara utk mengatasinya? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Anda sendiri yg mahu mengubah nasib anda,maka anda sendirilah yg perlu rajin berusaha. Jika tidak, selamanya anda akan ketinggalan di belakang. Dan bila detik itu tiba,jgnlah ada rasa penyesalan pada diri.

Renung-renungkanlah 

Anna Jumahali

Thursday 2 February 2023

TERIMA KASIH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kerana hadir dalam diri ini,
Terima kasih yaa Allah hadirkan dia dalam hidup hambamu ini,
Sungguh ini adalah pinjaman yang paling bahagia buat diri ini🤍

Anna Jumahali