Friday 17 February 2023

KUAT YAA HATIKU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Jiwa kacau yang merana,
Hati sakit dihiris lembut,
Minda menangis sederas air,
Roh yang ingin berteriak namun jasad tidak termampu.

Mengapa harus takdir begini yang berlaku pada diri,
Sumpah mati menggenggam kitab suci di dada,
Bibir menyebut kalimah suci,
Namun masih juga diragui.

Yaa betul salah diri ini,
Lurah kutayang bebas,
Minuman syaitan yang kuhidangkan,
Namun MARUAH ku tetap jaga.

Terima Kasih yaa ALLAH kerana sentiasa melindungiku,
Menitipkan Malaikat untuk menjaga diri maruahku,
Sujud syukur kerana dapat mempertahankan martabat maruahku,
MARUAH KESUCIAN WANITA YANG ADA PADAKU DAPAT KU JAGA.

Cukup hanya ada ALLAH denganku,
Cukup hanya ALLAH yang tahu,
Betapa kesucian diri masih kujaga,
Namun kepercayaan bakal imamku susah ku kukuhkan.

Kuat yaa wahai hati,
Tidak mengapa jika diragui,
Ini hanya ujian duniawi,
Insya'Allah pasti akan berlalu pergi.

Kuatlah wahai jasad,
Tidak mengapa jika tidak dipercaya,
Ingatlah Allah pernah menguji Saidatina Maryam dengan begitu dasyat sekali,
Namun kuatnya hati beliau untuk sabar,
Kerana beliau tahu,
Walau sebanyak mana dia berkata benar,
Tiada siapa yang percaya,
CUKUP BAGINYA HANYA ALLAH.

ALLAHUAKHBAR...
ALLAHUAKHBAR...
ALLAHUAKHBAR...

Semoga ALLAH akan lindungi hati ini, dan jadikan hati ini sekuat hati Saidatina Maryam.
aamin aamin aamin yaa rabbal alamin.

Anna Jumahali







No comments:

Post a Comment