Tuesday 8 March 2022

MALAM INI KITA MENANGIS


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Air mata itu mutiaramu sayang
Begitu berharga sekali untuk kau buang
Tapi jika kau sudah tidak mampu bertahan
Lepaskanlah agar kau merasa aman walau seketika.

Malam Ini Kita Akan Menangis.

Menangislah wahai mata
Menangislah wahai jiwa
Menangislah wahai hati
Menangislah wahai diri

Menangislah kerana matamu sudah tidak mampu melihat derita
Menangislah kerana jiwamu sudah lelah
Menangislah kerana hatimu telah hancur
Menangislah kerana dirimu sudah tidak mampu berdiri.


Maka malam ini biarkan aku menangis.


- Anna Jumahali -

No comments:

Post a Comment