PANDANG AKU
BISMILLAH,
Di balik buluh itu
Ada seorang gadis yang
siang malamnya disitu
Melihat kau dari jauh
tanpa jemu
Cuma kau sahaja yang
tidak tahu
Rasa ini sudah tidak
mahu aku tahankan
Tidak tertahan kerana
kamu sayang
Tidak tertahan kerana
kamu cinta
Tapi mengapa kau tidak
perasan juga
Pernahkan kau rasakan
yang satu hari itu kau rasa sangat
mencintai seseorang itu
Tapi dia tidak tahu apa
yang kau tahu
Dia tidak rasa seperti
apa yang kau rasa
Dia tidak pernah
memberi apa yang kau minta
Pernahkah kau rasakan
yang kau teringin sangat bersemuka dengan dia
Pernahkah kau berdiri
di tepi pintu tapi dia hanya melimpasi kau
Pernahkah kau
bertentang mata dengannya tapi sesaat itu dia balikkan wajahnya
Pernahkah kau jalan
dekat dia tapi tiada yang perasankan kau
Lalu hati kecilmu mula
menjerit
“Heyy, mari sini
pandanglah aku
Lihatlah diri aku
Pandang aku yang tengah
menari
Lihat aku yang tengah
tersenyum manis”
Pernahkah kau rasa
getaran jiwa
Pernahkah kau rasa
lututmu mula longgar
Pernahkah kau rasa yang
kau betul-betul mahukan dia
Pernahkah kau rasa
debaran hati semakin kencang melihat dia
Pernahkah kau rasa yang
kau inginkan dia
Cuma dia sahaja yang
tidak tahu
Rasa yang kau rasakan
Rasa yang kau inginkan
Rasa yang kau mahukan
Rasa yang kau impikan
Tapi mengapa kau tidak
pernah perasan
Tapi mengapa kau tidak
pernah sedar
Tapi mengapa kau tidak
rasa
Ohh sayang
Memang sangat sakit
bila cuma kau tidak perasan
Yang aku cuma kau tidak
pernah nampak
Yang aku cuma kau tidak
pandang
Pandanglah aku
Pandanglah aku
Pandanglah aku
Pandanglah aku yang
berdiri dibalik buluh itu
Yang mengharapkan kau
memandang dan melihat aku
"TERKADANG KITA TIDAK PERASAN ORANG YANG BETUL-BETUL SAYANGKAN KITA, ORANG YANG BETUL-BETUL CINTAKAN KITA, NAMUN BAGAIMANA HARUS KAU PERASANKAN DIA SEDANGKAN KAU TIDAK PERNAH LIHAT DAN PANDANG DIA"
SEKIAN,
- Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -
Comments
Post a Comment