Posts

KUAT YAA HATIKU

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Jiwa kacau yang merana, Hati sakit dihiris lembut, Minda menangis sederas air, Roh yang ingin berteriak namun jasad tidak termampu. Mengapa harus takdir begini yang berlaku pada diri, Sumpah mati menggenggam kitab suci di dada, Bibir menyebut kalimah suci, Namun masih juga diragui. Yaa betul salah diri ini, Lurah kutayang bebas, Minuman syaitan yang kuhidangkan, Namun MARUAH ku tetap jaga. Terima Kasih yaa ALLAH kerana sentiasa melindungiku, Menitipkan Malaikat untuk menjaga diri maruahku, Sujud syukur kerana dapat mempertahankan martabat maruahku, MARUAH KESUCIAN WANITA YANG ADA PADAKU DAPAT KU JAGA. Cukup hanya ada ALLAH denganku, Cukup hanya ALLAH yang tahu, Betapa kesucian diri masih kujaga, Namun kepercayaan bakal imamku susah ku kukuhkan. Kuat yaa wahai hati, Tidak mengapa jika diragui, Ini hanya ujian duniawi, Insya'Allah pasti akan berlalu pergi. Kuatlah wahai jasad, Tidak mengapa jika tidak dipercaya, Ingatlah Allah pernah menguji Saidatina Maryam...

HARAPAN

Bismillahirahmanirahim Ramai org yg mempunyai jiwa utk kaya, ramai juga org mempunyai hati utk menimba ilmu. Persoalannya, adakah mental dan fizikal mereka sudah sedia untuk terima segala risiko yang akan bakal terjadi?  📝Terlalu ramai yg berangan,terlalu banyak juga harapan,tetapi tindakan tidak pernah selangkah pun bergerak. Ruginya kita😔 📝Namun bila nampak org lain berjaya,seakan setinggi gunung harapan kita ingin seperti mereka,walhal sudah lihatkah diri kita? Apa tindakan yg kita buat,hanya *berharap* dan *termenung* mengenang nasib dan harapan😔 📝Senang ceritalah, kita hanya terlalu banyak *ALASAN* . Alasan yg menguasai diri kita sebenarnya,sehingga kita kurang keyakinan diri dan sentiasa tinggal dibelakang,tenggelam dan terkubur dgn harapan dan impian kita sendiri😔 📝Jika ditanya, bagaiman cara utk mengatasinya? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Anda sendiri yg mahu mengubah nasib anda,maka anda sendirilah yg perlu rajin berusaha. Jika tidak, selamanya anda akan ke...

TERIMA KASIH CINTA

Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih kerana hadir dalam diri ini, Terima kasih yaa Allah hadirkan dia dalam hidup hambamu ini, Sungguh ini adalah pinjaman yang paling bahagia buat diri ini🤍 - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

SEPERTI SELALU "S.A.B.A.R"

 Bismillahirrahmanirrahim sakit rasanya, sangat yang teramat, sakit yang tiada luka, sakit yang tiada ubat. maaf yaa wahai hati, aku tidak tahu harus mau bilang apa lagi, layakkah kita bahagia wahai hati, aku penat harus berpura-pura lagi. penat untuk berpura-pura bahagia sedang kita berjuang dalam kesakitan. Penat rasanya bila kita suda berkata benar, tapi selalu disalah ertikan. Apalah ertinya SUMPAH, jika masih tidak dipercaya. aduhhhh sakit yaa ALLAH sakit rasanya bila kita berkata benar tapi tiada siapa mahu percaya. sakit yaa ALLAH, tersangat-sangat sakit seperti yang selalu dikatakan, sabar yaa wahai hati, janji ALLAH itu pasti, suatu masa nanti kita pasti akan bahagia. sabar yaa hati, sabar juga wahai jiwa, kita pasti akan merasa bahagia walau sekadar dalam mimpi. Biarlah tiada siapa mahu percayakan kita wahai diri,wahai hati,wahai jiwa. apa yang penting adalah kita ada ALLAH. cukup kita ada ALLAH cukup ALLAH bagi kita. persetankan semua orang yang tidak percayakan kita. bi...

KAMU DAN KENANGAN

Kamu dan segala kenangan, Sungguh aku rindu. Tiada yang lebih pedih, Daripada kehilangan diri kamu, Cintaku tidak mungkin akan beralih, Sampai mati hanya cinta padamu. - Anna Haji Gumuk@Baluan Jumahali -

RINDU

Bismillahirrahmanirrahim Terlalu cepat untuk pergi, Bukannya mempersoal takdir Ilahi, Cuma hati tersangat rindu, Pada sosok tubuh yang bergelar Ayah Ibu 🤍 - Anna Jumahali -

INGAT

Bismillahirrahmanirrahim Jika seseorang telah berubah, Tolonglah jangan diungkit lagi kisah silamnya dia, Kerana kita tidak pernah tahu betapa susahnya dia untuk bangkit dari jiwa yang hampir mati. Mungkin kau nampak saja jasadnya yang hidup, Tetapi sebenarnya, jiwanya suda lama mati. - Anna Jumahali -