BISMILLAHIRAHMANIRAHIM Assalamualaikum, Dalam perjalanan hidup yang singkat ini, kita semakin sedar bahawa masa bersama insan tersayang bukanlah selamanya. Satu persatu insan yang kita kenal, bahkan darah daging sendiri keluarga terdekat mahupun keluarga jauh telah dijemput Ilahi. This life is temporary ofcoz dan setiap jiwa pasti akan kembali. Allahuakhbar Bila Allah ambil seorang demi seorang, satu demi satu, it is not just a loss, but a divine reminder. Bahawa dunia ini bukan tempat tinggal selamanya, tapi hanya tempat singgah yang sementara. Itu janji Allah. Ujian ini sungguh berat buat diri ini, Allahuakhbar Siang malam ingin menangis, Siang malam ingin berteriak, Tertunduk di bawah langit, Kadang-kadang kita rebah, menangis sekuat hati, dan bertanya, "Why me, Ya Allah?" "Kenapa harus aku, Ya Allah?" "Ya Allah,sungguh diri ini tidak kuat Ya Allah" "Sakit sangat Ya Allah,sakit teramat,sungguh aku tidak mampu Yaa Allah" Tapi di dalamnya s...