Posts

Showing posts from March, 2022

MALAM INI KITA MENANGIS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Air mata itu mutiaramu sayang Begitu berharga sekali untuk kau buang Tapi jika kau sudah tidak mampu bertahan Lepaskanlah agar kau merasa aman walau seketika. Malam Ini Kita Akan Menangis. Menangislah wahai mata Menangislah wahai jiwa Menangislah wahai hati Menangislah wahai diri Menangislah kerana matamu sudah tidak mampu melihat derita Menangislah kerana jiwamu sudah lelah Menangislah kerana hatimu telah hancur Menangislah kerana dirimu sudah tidak mampu berdiri. Maka malam ini biarkan aku menangis. - Anna Jumahali -