Posts

Showing posts from 2022

SEPERTI SELALU "S.A.B.A.R"

 Bismillahirrahmanirrahim sakit rasanya, sangat yang teramat, sakit yang tiada luka, sakit yang tiada ubat. maaf yaa wahai hati, aku tidak tahu harus mau bilang apa lagi, layakkah kita bahagia wahai hati, aku penat harus berpura-pura lagi. penat untuk berpura-pura bahagia sedang kita berjuang dalam kesakitan. Penat rasanya bila kita suda berkata benar, tapi selalu disalah ertikan. Apalah ertinya SUMPAH, jika masih tidak dipercaya. aduhhhh sakit yaa ALLAH sakit rasanya bila kita berkata benar tapi tiada siapa mahu percaya. sakit yaa ALLAH, tersangat-sangat sakit seperti yang selalu dikatakan, sabar yaa wahai hati, janji ALLAH itu pasti, suatu masa nanti kita pasti akan bahagia. sabar yaa hati, sabar juga wahai jiwa, kita pasti akan merasa bahagia walau sekadar dalam mimpi. Biarlah tiada siapa mahu percayakan kita wahai diri,wahai hati,wahai jiwa. apa yang penting adalah kita ada ALLAH. cukup kita ada ALLAH cukup ALLAH bagi kita. persetankan semua orang yang tidak percayakan kita. bi...

KAMU DAN KENANGAN

Kamu dan segala kenangan, Sungguh aku rindu. Tiada yang lebih pedih, Daripada kehilangan diri kamu, Cintaku tidak mungkin akan beralih, Sampai mati hanya cinta padamu. - Anna Jumahali -

RINDU

Bismillahirrahmanirrahim Terlalu cepat untuk pergi, Bukannya mempersoal takdir Ilahi, Cuma hati tersangat rindu, Pada sosok tubuh yang bergelar Ayah Ibu 🤍 - Anna Jumahali -

INGAT

Bismillahirrahmanirrahim Jika seseorang telah berubah, Tolonglah jangan diungkit lagi kisah silamnya dia, Kerana kita tidak pernah tahu betapa susahnya dia untuk bangkit dari jiwa yang hampir mati. Mungkin kau nampak saja jasadnya yang hidup, Tetapi sebenarnya, jiwanya suda lama mati. - Anna Jumahali -

SAKIT

Bismillahirrahmanirrahim Lagaknya seperti disakiti, Walhal dia yang menyakiti. Diamlah wahai mulut, Kuncikan saja apa katamu, Kerana hati suda maklum, Maka luahkan saja dalam sujudmu. - Anna Jumahali -

MALAM INI KITA MENANGIS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Air mata itu mutiaramu sayang Begitu berharga sekali untuk kau buang Tapi jika kau sudah tidak mampu bertahan Lepaskanlah agar kau merasa aman walau seketika. Malam Ini Kita Akan Menangis. Menangislah wahai mata Menangislah wahai jiwa Menangislah wahai hati Menangislah wahai diri Menangislah kerana matamu sudah tidak mampu melihat derita Menangislah kerana jiwamu sudah lelah Menangislah kerana hatimu telah hancur Menangislah kerana dirimu sudah tidak mampu berdiri. Maka malam ini biarkan aku menangis. - Anna Jumahali -