Posts

Showing posts from May, 2018

DERITA

Bismillahirrahmanirrahim Derita itu sangat menyakitkan, Sungguh menyiksakan, Sangat memeritkan, Lagi mematikan. Mengapa perlu hadir derita itu, Sedangkan diri ini tidak mampu menahannya. Mengapa perlu kau yang aku mahu, Sedangkan berjuta yang mengahalang. Mengapa harus aku ditentang, Sedangkan cinta tidak dapat dihalang. Mengapa perlu aku dicaci maki, Sedangkan jasadku punya harga diri. Mengapa perlu maruahku dicalar, Sedangkan aku hanya hamba DIA. Memang benar seksi aku tayang lurah, Namun percaya yang aku bukannya murah. Perlukah aku yang kau maki hamun, Perlukah aku yang kau cacikan, Jika benar dirimu ketika itu marah, Mengapa tidak diri kau sabarkan, Jika benar kau lebih kenal Tuhan, Maka kau tidak hinakan. Malulah pada dirimu yang bertutup itu, Jika kau membezakan cara hamba Tuhanmu . Ohhh hati, Sampai bilakah kau harus sakit? Mengapa perlu kau lalui semua ini? Kenapa kau harus rasa derita itu? Ohhh hati. Tiada ucap yang mampu aku berikan, Hanya kata...

D I A

Bismillahirrahmanirrahim D I A, Siapakah gerangan Dia, Bagaimanakah raut wajah Dia, Dimanakah teratak Dia, Mengapakah inginkan Dia, Sudahkah berpunya Dia, Apakah gelagat Dia, Adakah ceritamu pada Dia, Tahukah Dia, Benarkah hanya DIA... (Tiada siapa yang tahu rahsia ALLAH, Dan jika benar DIA itulah jodohmu, maka yakinlah pasti tidak akan kemana. Berdoalah, yakinlah, maka semua baik-baik sahaja. ) - Anna Jumahali -