Saturday, 7 June 2014

LANGKAH

Bismillah,


Kau teruskan sahaja langkah itu
Jangan pernah kau rasa ragu
Semuanya ada didalam akalmu
Selagi kau bersujud pada yang SATU

Langkah pertama yang kau pilih
Memberi sejuta makna dalam hidupmu
Maka jangan disia-siakan pilihan itu
Kerana ada berjuta-juta langkah lagi dihadapanmu

Selagi jasad bersatu dengan nyawa
Maka terokailah alam ciptaan Tuhan
Bongkar gali selongkar bumi langit petala
Untuk persiapan di penghujung cerita
 


SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G


Wednesday, 28 May 2014

TIDAK MENGAPA

Bismillah,



Suara itu penuh dengan kesedihan
Dalamnya terselit tangisan
Tiada kata yang dapat diungkapkan
“Tidak mengapa”, katanya tidak mengapa

Wahai ayah bunda
Ceritakan apa yang mencengkam jiwa usangmu itu
Berikan kisah perit itu walau secebis
Kerana aku mahu tahu

Kisahkan pada aku apa yang menyerabut
“Tidak mengapa”, katanya tidak mengapa

Izinkan aku menumpangkan bahu
Bertahanlah sehingga termampu
Kerana aku masih mahu lihat senyuman itu
Senyuman mata tua yang semakin kabur

Apa layak yang harus aku bagi
Memang tidak akan terbalas sampai mati
Ohh kau sungguh tinggi
Istanamu syurga pasti

AYAH BUNDA
AYAH BUNDA
AYAH BUNDA
BERTAHANLAH DAHULU




SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

Tuesday, 27 May 2014

RASA DIAM

Bismillah,



Jiwa diam
Hati diam
Jantung diam
Akal diam
Urat diam

Mencari nafas didalam hati
Mencari nyawa didalam diri
Mencuba memahami perasaan ini
Rasa cinta yang aku sendiri tidak mengerti

Rasa yang tidak dapat diungkapkan
Rasa yang tidak dapat dilukiskan
Rasa yang tidak dapat disampaikan
Kerana rasa ini tidak dapat dikatakan

Mengapa aku mengharap lagi
Mengapa aku masih di sini
Mengharapkan sayang cinta
Mengharapkan pada yang tiada

Mengapa aku masih di sini
Sedangkan kamu bahagia di situ
Mengapa aku mengharap lagi
Sedangkan kamu bukan milik aku



SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

Sunday, 25 May 2014

MALAM INI KITA MENANGIS

Bismillah,



Air mata itu mutiaramu sayang
Begitu berharga sekali untuk kau buang
Tapi jika kau sudah tidak mampu bertahan
Maka lepaskan agar kau merasa aman

Maka Malam Ini Kita Akan Menangis

Menangislah wahai mata
Menagislah wahai jiwa
Menangislah wahai hati
Menangislah wahai diri

Menagislah kerana matamu sahaja yang dapat lihat
Menangislah kerana jiwamu sendiri yang tahu
Menangislah kerana hatimu sahaja yang rasa
Menangislah kerana dirimu sendiri yang sakit

Menangislah kerana kesakitan didalam hati kecilmu itu
Sudah tidak mampu untuk tertahan lagi
Walhal kau nampak gembira di siang hari
Tapi malam ini hatimu dan jiwamu ingin menangis



SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G


Saturday, 24 May 2014

TETAPKAN

 Bismillah,



Sungguh indah malam ini
Bintang berkelip di langit tinggi
Bulan menerangi gelapnya bumi
Angin bertiup menyejukkan diri ini

Aku depangkan tangan ini
Setiap melodinya ku hayati
Aku tersenyum seolah ianya mimpi
Mimpi yang penuh dengan indahnya fantasi

Aku tahan air mata
Berbisik hatiku pada jiwa
Tetapkan pasakmu wahai nyawa
Kerana jasadmu tidak mahu berputus asa

Jujur dalam setiap bahasamu
Senikan setiap gerak langkahmu
Mengaku pada semua yang dilaku
Jadikan cermin itu telus menutur rupamu

TETAPKAN..TETAPKAN..DAN TETAPKAN PASAKMU ITU
 

SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G