Wednesday, 28 May 2014

TIDAK MENGAPA

Bismillah,



Suara itu penuh dengan kesedihan
Dalamnya terselit tangisan
Tiada kata yang dapat diungkapkan
“Tidak mengapa”, katanya tidak mengapa

Wahai ayah bunda
Ceritakan apa yang mencengkam jiwa usangmu itu
Berikan kisah perit itu walau secebis
Kerana aku mahu tahu

Kisahkan pada aku apa yang menyerabut
“Tidak mengapa”, katanya tidak mengapa

Izinkan aku menumpangkan bahu
Bertahanlah sehingga termampu
Kerana aku masih mahu lihat senyuman itu
Senyuman mata tua yang semakin kabur

Apa layak yang harus aku bagi
Memang tidak akan terbalas sampai mati
Ohh kau sungguh tinggi
Istanamu syurga pasti

AYAH BUNDA
AYAH BUNDA
AYAH BUNDA
BERTAHANLAH DAHULU




SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

3 comments:

  1. mak ayah sya hebat. semata-mata nak tgk anak2 senang, sanggup brsusah payah stiap hari. sanggup rahsiakan keperitan dari pengetahuan anak2. Allahu..

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan mereka tak terhingga buat kita :)

    ReplyDelete
  3. Mak ayah takkan tunjuk kepayahan yang meraka alami. Kita? Sebolehnya setiap apa nak mereka tahu... ada yang sampai cakap, "Ah! mak ayah tak faham orang muda macam kami!".

    ReplyDelete