Sunday, 18 May 2014

SI GADIS BIASA ITU


BISMILLAH,


Si gadis biasa itu
Ada apa dengan gadis biasa itu
Mengapa dengan gadis biasa itu
Kenalkah kamu pada gadis biasa itu

Yaa si gadis biasa itu,
Yang mukanya sangat manis suaranya nan merdu
Yang begitu pendiam suka membisu
Kenalkah kamu pada si gadis biasa itu

Gadis biasa itu penuh warna warni hidupnya
Terlalu banyak jenis coraknya
Teramat pandai dengan setiap katanya
Namun siapa yang tahu isi hatinya

Kenalkah kamu atau tidak akan si gadis biasa itu
Yang ketawanya begitu ceria menutupi pilu
Tahukah kamu renunganya itu begitu tajam menembusi tujuh langit
Sedarkah kamu yang sebenarnya hatinya merintih sakit

Mari sini aku khabarkan tentang si gadis biasa itu
Tika malam mula berselimut, setelah semua habis berketawa, di hujung penjuru
Si gadis biasa itu mengalirkan air mata kesedihan
Melalui kedua bola matanya yang kau sangka begitu menawan

Si gadis biasa itu ingin dikasihi dia ingin disayangi
Dia inginkan dimanja dan juga dicintai
Tapi sedarkah kau akan hatinya
Tahukah kau keinginannya
Setiap malamnya terasa sunyi dan sepi
Tika gelap jiwa dan hatinya bernyanyi
Menyebut nama kekasih hatinya
Yang sudah memang pasti bukan miliknya

Sedarkah kau dibalik senyuman pada wajahnya
Sebenarnya ada tersembunyi tangisan yang tiada habisnya
Perasankah kau disebalik tawanya itu
Tersimpan sejuta rasa sakit dalam hati kecil itu

Si gadis biasa itu akan menangis setiap malamnya
Kau tidak akan pernah kenal dia
Begitu pandai dia berbohong menutupi lukanya
Kau takkan pernah tahu kerana kau takkan percaya

Tiada siapa yang tahu tentang hatinya
Melainkan yang maha ESA
Kerana dia akan bercerita tentang hidupnya
Tika dalam sujudnya

Tahukah kamu siapa si gadis biasa itu
Kenalkah kamu pada si gadis biasa itu
Sebenarnya dia ada disini sedang menangis dalam tawa
Cuma kamu sahaja yang tidak perasankan dia




 "KADANGKALA SI GADIS BIASA ITU TIDAK AKAN MENCERITAKAN KEDUKAANNYA, DIA YANG KAU NAMPAK SUKA KETAWA SUKA TERSENYUM SEBENARNYA TERSIMPAN TANGISAN PADA DUA BOLA MATANYA"

 

 SEKIAN...

 

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G



No comments:

Post a Comment