Sunday, 18 May 2014

MENARILAH HATI WARNAKAN SETIAP SENIMU

BISMILLAH,

Apa lagi yang perlu kau sedihkan wahai hati,
Mengapa perlu kau rasa sebak di dada,
Menangislah wahai hati,
Jika itu yang membuatmu tenang, jika itu yang membuatmu rasa aman,

Pejamkan sebentar mata itu,
Kemudian diam seketika,
Tarik nafas dan hembuskan dengan perlahan,
Lalu, rasakanlah hatimu yang ingin berbicara,
Hayati setiap debaran itu,

Yaa, Hati kecil mu,
Terlalu banyak yang ingin dibicarakan oleh hati kecil itu,
Ingin diluahkannya pada jiwa,
Ingin di khabarkannya pada jasad,
Bagaikan ingin di beritakannya pada seluruh dunia,
Namun apakan daya,
Tiada siapa yang tahu tentang hati kecil itu,
Hanya air mata sahaja yang menemaninya,

Menarilah wahai Hati kecilku,
Alunkan setiap gerakan mu,
Rasakanlah kelembutan tarian itu,
Nikmatilah gemalai tangan indah yang mengikuti rentak mu,
Fokuskan pada dirimu,
Tetapkan pada jiwamu,
Sebatikan dengan pemikiranmu,
Warnakanlah setiap senimu,
Hitam, Putih, Kelabu, Kuning, Biru, Merah,
Pilih sahaja yang kau mahu,
Semua ada disitu,
Tetapi ingatlah pada yang maha SATU



"HATI KECIL ITU YANG TERSANGAT RINDUKAN PADA MUTIARANYA...NAMUN SUKAR UNTUK DIA BERKATA...TERLALU SUKAR JUGA DIA UNTUK MELUAHKAN PERASAAN ITU...LALU HATI KECIL ITU MEMILIH UNTUK BERDIAM...BIARKANLAH HATI KECIL INI MENARI DENGAN WARNA WARNI SENI YANG INDAH"


SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

No comments:

Post a Comment