Monday, 19 May 2014

BUNDA OH BUNDA

Bismillah,

Wahai Bunda
9 bulan aku berada dalam rahim mu
Kau menanggung kesakitan itu
Kau terseksa akan luka itu
Betapa sakitnya tulang belakangmu
Namun kau tidak pernah untuk mengeluh tentangku

Ohhh Bunda
Bila aku ingin mula melihat dunia
Kau sanggup bergadai nyawa untuk aku
Hidup dan matimu kau serahkan untuk melahirkan aku

Ohh Bunda
Bila sahaja aku keluar dari rahim mu
Kau menarik nafas lega itu
Bersyukur dengan anugerah ALLAH
Namun kau kuatir lagi jika aku tidak bersuara
Dan bila aku mengeluarkan tangisan
Seyuman mu terukir lagi
Kau lupa akan kesakitan itu

Bunda,
Bunda,
Bunda,

Ohh Bunda
Kau menyusukan aku
Tanpa mengira waktu
Kau menjagaku
Tanpa mengenal penat lelah
Kau sentiasa ada dengan ku
Menemaniku dikala semua orang tidur nyenyak

Bundaku
Kau sanggup berjaga
Kau sanggup menahan mata itu dari terlelap
Kau tidak mahu aku menangis
Kau risau akan aku jika aku sakit

Ohh Bundaku
Waktu ini cepat sangat berlalu
Aku yang dulunya kecil
Kini sudah tumbuh besar
Aku yang dulunya baik
Kini sudah jadi lalai
Lalai dengan indahnya duniawi yang penuh beracun

Ohh Bunda,
Siapa sangkakan,
Rupanya dalam diam,
Setiap malam, itu sudah pasti,
Kau sembunyikan penderitaanmu,
Kau sembunyikan kesakitanmu,
Kau sembunyikan kesengsaraanmu,
Kau sembunyikan tangisanmu,
Ohhh semua itu kerana kau tidak mahu kami juga turut bersedih

Ohhh Bunda,
Apa yang kau fikirkan,
Apa yang kau tangiskan,
Sedangkan dihadapan kami kau hanya tersenyum,
Namun desebalik senyuman itu,
Kau menangis

Aku tahu,
Penderitaan itu sungguh menyeksakan kau,
Sehingga kau tidak mampu keluarkan dengan kata-kata

Bunda
Bunda
Bunda

Di suatu hari nanti
Di suatu ketika nanti
Akan kupastikan kau tersenyum
Tanpa merasakan kesedihan dalam dirimu
Akan kupastikan kau bahagia
Akan kupastikan kau gembira
Itu janjiku padamu Bundaku

Bersabarlah wahai Bunda
Kerana ku yakin, saat itu pasti akan tiba
Dan bila tibanya saat itu
Maka akulah yang paling gembira

Bersabarlah Bunda,
Bertahanlah Bunda,

Aku tahu kau sakit
Tapi lawanlah Bunda
Lawanlah demi anakmu

AKU SAYANG BUNDA..............................................
AKU SAYANG BUNDA..............................................
AKU SAYANG BUNDA..............................................
AKU SAYANG BUNDA..............................................
AKU SAYANG BUNDA..............................................

'AKU BERSYUKUR PADA SANG PENCIPTA KERANA AKU MASIH MEMILIKIMU DUHAI BUNDAKU...DAN AKU AKAN MEMBUATMU BANGGA, TERSENYUM, BAHAGIA MELIHAT KEJAYAANKU"

SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

No comments:

Post a Comment