Monday, 19 May 2014

AYAHANDA

Bismillah,

Wahai Ayahanda,
Teringat akan waktu dulu,
Waktu aku masih kecil,
Ku berlari, kau kejar,
Ku menangis, kau hiburkan aku,
Ku terluka, kau rawat aku,
Ku tertawa, kau disampingku.

Wahai Ayahanda,
Teringat aku waktu dulu,
Walau pun sesibuk mana dirimu,
Kau tetap akan ada masa untuk aku,
Tiada sekalipun kau melupakan anakmu,

Wahai Ayahanda,
Bila masa aku mula melangkah ke alam persekolahan tadika,
Kau menghantarku,
Kau menjagaku diluar pagar,
Kau menunggu diriku,
Kau perhatikan aku dari jauh

Bila masa aku keluar sekolah,
Kau terus mengambilku,
Kau terus membawaku pulang,
Ohhh, sungguh kau jaga aku dengan sangat baik

Wahai ayahanda,
Betapa gembiranya dirimu,
Senyumanmu, ketawamu,
Masih segar dalam ingatanku,
Walau sudah berpuluh tahun lamanya,
Ketika kau melihat aku sudah semakin membesar

Teringat aku waktu dulu,
Ketika aku menyambut ulangtahunku yang ke-7 tahun,
Kau sambutnya dengan penuh meriah,
Kau undang semua kelurga,
Kau undang semua teman,
Kau undang semua kanak-kanak,
Kau buatkan rumah dengan pnuhnya belon-belon,
Kau belikan aku baju seperti seorang PUTERI,
Untuk ku pakai waktu hari jadi itu,
Ohhh, sungguh tidak ku terlupakan

Wahai Ayahanda,
Bila masa ku mula mengenal erti kehidupan diluar,
Ku menjejak kaki ke alam persekolahan menengah,
Kau masih terus membuat ku seperti anak kecil,
Kau pernah ucap dahulu,
"Anak papa bila sudah besar tetap masih anak papa yang masih kecil"
Ohhhh teringat aku akan itu

Namun, ku pergi bersama teman-temanku,
Ku berpesta,
Ku berjoli,
Ku kesana dan kesini,
Bukan lagi bersamamu,
Namun bersama temanku

Wahai Ayahanda,
Sungguh ku tidak sedar,
Kau bukan semakin muda,
Namun semakin tua,
Rambutmu dulu yang hitam,
Kini semakin beruban

Maaf ayah,
Jika aku selalu menyakitimu,
Jika aku melukakan hatimu,
Jika aku selalu menjatuhkan air matamu,

Aku bodoh ketika itu,
Aku lalai dengan indahnya dunia,

Wahai Ayahanda,
Kini aku bukan seperti yang dulu lagi,
Akan ku pulang dengan membawa segulung ijazah ditanganku,
Akan ku balas semua jasamu,
Akan ku jaga dirimu,

Bertahanlah wahai ayahanda,
Bertahanlah untuk anakmu,
Kerana ku tahu,
Betapa kuatnya dirimu melawan penyakit itu,
Betapa kau terus kuat melawan dugaan itu,
Kerana itu ujian dari sang pencipta kita

Wahai Ayahanda,
Bila ku berjaya nanti,
Akan ku buat kau tersenyum lagi,
Akan ku buat kau tertawa lagi,
Kerana ku rindu semua itu

Wahai Ayahanda,
Bersabarlah lagi,
Bertahanlah lagi,
Kerana ku tahu,
ALLAH tetap bersama dengan kita.

Bertahanlah wahai ayahanda..................................................................
Bertahanlah wahai ayahanda..................................................................
Bertahanlah wahai ayahanda..................................................................
Bertahanlah wahai ayahanda..................................................................
Bertahanlah wahai ayahanda..................................................................
BERTAHANLAH

"AKU BERSYUKUR KERANA AKU MASIH MEMILIKIMU DUHAI AYAH...BERTAHANLAH, LAWANLAH, KERANA AKU TAHU KAU MAMPU DENGAN IZIN ALLAH"

SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

No comments:

Post a Comment