Monday, 19 May 2014

ADA APA DENGAN CINTA


Bismillah,


Ada apa dengan cinta,
Mengapa cinta manusia yang perlu dikejar,
Mengapa cinta manusia yang perlu diraih,
Mengapa cinta manusia yang perlu kau sembah,
Mengapa cinta manusia yang perlu kau Agungkan
Sedangkan cinta ALLAH begitu buta untukmu,
Sedangkan ALLAH yang memberikan rasa itu padamu,
Tapi kenapa susah untuk kau Cintai ALLAH

Ada apa dengan cinta,
Berlari kehutan hanya untuk menyanyi,
Kemudian, berlari kepantai hanya untuk berteriak,
Sedangkan ianya hanya mudah dengan bersujud sahaja dengan Tuhanmu

Ada apa dengan cinta,
Begitu mudah sekali kau melafazkannya,
Seperti pasir yang dihembus mengeluarkan debu,
Hanya ditiupkan sahaja,
Lalu hilang entah kemana

Ada apa dengan cinta,
Selagi kau tidak mencintai Tuhanmu,
Kau tidak akan pernah faham apa itu cinta,
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta,
Kerana cinta yang kekal itu adalah cintamu kepada ALLAH,
Cinta yang indah itu adalah cinta ALLAH,

Ada apa dengan cinta,
Jika kau faham tentang cinta kepada ALLAH,
Jika kau tahu akan tentang cinta kepada keluarga,
Kuyakin, pasti kau takut untuk jatuh cinta dengan manusia itu,
Kuyakin, pasti perkataan itu sukar kau ucapkan,
Kerana akan kau luahkan dalam doamu,
Kerana akan kau minta pada Tuhanmu

Ada apa dengan cinta,
Jika kau faham akan cinta Rasulmu,
Kuyakin, kau pasti menangis sedih,
Kuyakin, kau akan mencintai seseorang dengan nama ALLAH,
Dan bukannya dengan nafsu durjana syaitan duniawi ini

Ada apa dengan cinta sebenarnya,
Maka belajarlah cintai dirimu terlebih dahulu,
Baru kau mula cintai hamba ALLAH itu

Ada apa dengan cinta




"CINTA ITU PASTI INDAH JIKA DUA HATI SALING CINTA, NAMUN LEBIH INDAH LAGI JIKA CINTA ITU KERANA ALLAH...CINTA MANUSIA ITU DATANG DAN PERGI, NAMUN CINTA ALLAH ITULAH YANG AKAN KEKAL ABADI"

SEKIAN...

DISEDIAKAN OLEH DALIANA.G

4 comments:

  1. Panjang betul puisinya.. :) Saya baru baca sekali.. kena baca dua tiga kali untuk hadam ni Anna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehhe, nanti anna buat pendek-pendek lah pula lepas nie..heheheh

      Delete
    2. haha..not necessary. terpulang kepada tuan punya puisi la..

      Delete
    3. hahahahhaha..^______^ in shaa ALLAH, tidak akan terlebih berkhayal nie..heheh

      Delete